Sabtu, 16 Ogos 2014

cara nak baiki cerek elektrik

Mula2 bukakan penutup cerek ini.


Kemudian,tanggalkan pula kedua2 biji skru penutup dengan menggunakan
skru driver mata philips.


Seterusnya,tanggalkan pula kedua2 biji skru tapak bawah.


Setelah kesemua skru sudah ditanggalkan,tarik penutup
pintu mengikut anak panah dengan perlahahan2.


Setelah pintu ditanggal,ia menampakan terminal plug.
Seterusnya,tanggalkan pula ketiga2 skru tersebut.


Selepas ketiga2 skru ditanggalkan,maka terpisah la 
terminal plug dengan heater.Uji dahulu heater tersebut
dgn menggunakan multimeter,set multimeter pada 1k ohm.
Jika jarum bergerak naik,maka heater dlm keadaan baik.



Kerosakan sering terjadi pada terminal plug cerek elektrik.
Gambar di atas menunjukkan di sebelah dalam
terminal plug sudah terbakar.


Tukar dgn terminal plug yg baru,harga rm4 shj.


SELAMAT MENCUBA..