Lihat di bodi transfomer,kalu ada tulis macam dalam gambar di atas ini..maka transfomer tersebut di lengkapi thermo fius untuk mengelak daripada coil terbakar.
Untuk menguji transfomer,korang setkan tombol di kedudukan X1 ohm.
Wayar merah hitam merah dalam gambar di atas ini adalah coil kedua atau secondary coil..Cara check,korang tacapkan prop ,merah pada wayar merah,prop hitam pada wayar hitam..selepas itu,korang tacapkan pula prop hitam pada wayar merah di sebelahnya..prop merah di wayar merah tu takyah cabut la.Jika jarum naik semua,coil utama dalam keadaan baik,kalau salah satu tak naik..maka thermo fius atau coil utama sudah terbakar..
Check pula coil utama atau primary coil,jika jarum naik..maka coil kedua dalam keadaan baik..jika jarum tak naik..sah la coil ko.
SELAMAT MENCUBA...
Sabtu, 16 November 2013
Rabu, 13 November 2013
Cara membaiki kipas tak hidup
Gambar di atas ini menunjukan bagaimana cara untuk menguji fius 13A,terlebih dahulu buka kan skru penutup plat.
Setkan tombol multimeter di kedudukan X1 ohm.
Tacapkan prop merah dan hitam pada fius seperti dalam gambar di atas ini,perhatikan pada jarum meter,jika jarum tidak menunjukan apa2 bacaan..bermakan fius sudah terbakar..gantikan dengan fius yang baru.Jika jarum meter bergerak naik dan berada di kedudukan angka O..bererti fius dalam kedaan baik.Seterusnya kita perlu membuat pengujian keterusan kabel..korang pasang la balik penutup plat tu..
Sebelum tu korang bukalah penutup bawah tapak kipas ni..tanggalkan ke empat2 biji skru.
Nahhh,tu dia menampakan waring..
Gambar di atas ini menunjukan bagaimana cara untuk menguji keterusan kebel LIVE (L).
Tacapkan prop hitam di kedudukan L pada pin plat dan untuk prop merah..korang tacapkam pada wayar live.Seterusnya perhatikan pada jarum meter,jika jarum naik dan berada di kedudukan angka O..bererti wayar tersebut dalam keadan baik..jika jarum tidak menunjukan sebarang pergerakan,maka sahih la wayar tu dah terbakar di dalamnya..ape lagi,korang tukar la dgn wayar 3 pole yang baru..
Gambar di atas ini pula menunjukan cara menguji keterusan kabel NEUTRAL (N)
Tacapkan prop merah pada wayar warna biru,manakal prop hitam di tacapkan pada N pin plat,perhatikan jarum meter..jika naik di kedudukan anagka O,maka wayar dalam keadaan baik..jika jarum tidak menunjukan apa2 pergerakan,bererti wayar sudah terbakar di dalanya..tukar wayar 3 pole yang baru.
Gambar di atas menunjukan cara pengujian suis speed no 1.
Tacapkan prop merah pada wayar live manakala prop hitam di tacapkan pada speed no 1,seterusnya tekan suis no 1..Perhatikan pada jarum meter..jika jarum meter naik berada di kedudukan angka O,maka suis berkeadaan baik.Jika tidak bergerak naik ke angka O,maka suis speed no 1 sudah rosak,gantikan dengan suis yang baru..
Gambar di atas menunjukan cara pengujian suis speed no 2.
Tacapkan prop merah pada wayar live manakala prop hitam di tacapkan pada speed no 2..seterusnya tekan suis no 2.Perhatikan jarum meter,jika meter naik di kedudukan angka O,maka suis berkeadaan baik..jika jarum tiada menunjukan naik di ke dudukan angka O..Bererti suis speed no 2 sudah rosak..Gantikan dengan suis yang baru.
Gambar di atas ini menunjukan cara pengujian suis speed no 3.
Tacapkan prop merah pada wayar live manakala prop hitam di tacapkan pada suis speed no 3 serta tekan suis no 3,perhatikan pada jarum meter,jika jarum naik berada di kedudukan angka O,bererti suis speed no 3 dalam keadaaan baik,jika jarum tidak naik berada dikedudukan angka O,maka suis speed no 3 sudah rosak..gantikan suis yang baru..
Setelah kita selesai melakukan pengujian kesemua di atas ini,didapati keseluruhanya tiada berlaku kerosakan..Contohnya
Fius 13A dlm keadaan baik.
Wayar live dlm keadaan baik.
Wayar neutral dlm keadaan baik.
Suis dlm keadaan baik
Seterusnya kita perlu melakukan pengujian motor pula.
Gambar di atas ini menunjukan bagaiman cara untuk menguji motor kipas.
tacapkan prop merah pada L pin plat manakala prop hitam di tacapkan pada N pin plat..Seterusnya tekan
suis no 1,perhatikan pada jarum meter naik tau tidak.Tekan 2 pula serta perhatikan pada jarum meter bergerak naik atau tidak.Tekan pula 3dan perhatikan pada jarum meter..adakah ia bergerak naik di kedudukan angka O,jika jarum bergeraka naik ke angka O,bererti thermo fuis dalam keadaan baik sebaliknya jika jarum meter tidak bergerak naik ke angka O..Itu bererti thermo fius motor sudah tidak befungsi..Tukarkan thermo fuis dengan yang baru.
Gambar di atas ini pula menunjukan bagaimana cara untuk menukar thermo fuis.
Tanggalkan semua wayar mengikut anak panah warna merah kecuali wayar live,kalau korang tak nak tanggalkan pun takpa.
Gambar di atas ini pula menunjukan setelah wayar di tanggalkan.
Buat tanda dahulu pada bodi motor kipas,mane tau kot2 korang tak ingat masa nak pasang balik.Seterusnya tanggalkan ke empat2 biji skru bingkai tepi dan tarik keluar cover depan motor kipas.
Gambar di atas ini menunjukan setelah motor di buka,seterusnya tarik keluar wayar seperti dalam gambar di atas.
Tanggalkan skru pemegang wayar.
Potong pula wayar kapasitor,dalam gambar di atas ini menunjukan wayar kapasitor telah di potong,Seterusnya tarik keluar coil magnet.Hati2 bila tarik,takut coil terputus pula.
Ini coil magnet setelah di keluarkan,potong kabel tie warna putih.
Seterusnya tarik keluar pembalut tahan panas.
Potong hujung dawai sedikit bagi memudahkan kerja.
Gambar di atas ini menunjukan hujung dawai setelah di potong,Seterusnya tarik keluar pembalut tahan panas.
Gambar di atas ini menampakan thermo fius.
Untuk menyakinkan sama ada betul2 thermo fius ini sudah tidak berfungsi,maka kita perlu test dgn multimeter..Caranya seperti dlm gambar di atas..Seterlah korang test,jika jarum meter tak bergerak naik ke angka O,sah la thermo fius dah mampus keras.Seterusnya potong kaki thermo fius tersebut menggunakan parang atau kapak,ikut suka korang lah nak guna ape pun,seloknya guna la wayer cutter.
Gambar di atas menunjukan thermo fius yang baru,kalau korang nak beli..di nasihatkan bawa sample thermo fius..Sebab dia ada bacaan di badannya..lihat gambar di atas.
Lihat gambar di atas,bacaan tahan panasnya ialah 115 darjah celsius.
Untuk memasang balik thermo fius yang baru,korang kena ambil seurat dawai pada wayar seperti dalam gambar di atas ini.
Seterusnya korang potong la sikit kaki thermo fius tu,biasa kalau yang baru beli..kakinya mesti panjang.Seterusnya cantumkan kaki thermo fius dengan wayar NEUTRAL atau wayar biru..Ikat kaki thermo fius bersama wayar biru dengan menggunakan dawai yang telah di potong tadi.
Peterikan tempat yang di ikat tadi menggunakan peteri timah,jangan peteri lama sangat,nanti mati pula fius tu..
Masukan semula pembalut tahan panas untuk menutup thermo fius.
Cantumkan pula kaki thermo fius bersama dawai coil dan wayar kapasitor yang telah di potong tadi.
Masukan balik pembalut tahan panas untuk menutup tempat yang telah di peteri tadi.
Seterusnya korang bengkokan sedikit kaki thermo fius untuk memudahkan mengikat.Ikat menggunakan kabel tie seperti dalam gambar di atas.
Seterusnya buat pengujian keterusan,tacapkan prop hitam ke wayar neutral atau biru manakala prop merah di tacapkan pada wayar speed no 1,perhatikan jarum meter bergerak atau tak,seterusnya tacapkan prop merah ke wayar speed no 2,perhatikan jarum bergerak atau tak,seterusnya tacapkan prop merah ke wayar speed no 3,perhatikan bergerak atau tidak.Jika speed no 1 no 2 dan no 3 jarum bergerak naik ke angka O,itu bermakna motor dalam keadaan baik.Sebaliknya jika salah satu speed atau kesemua jarum tak naik..pemasangan korang ada masalah tuuu,kena check balik thermo fius.
Gambar di atas menunjukan cara menguji motor shote atau dalam keadaan baik..Korang tacapkan prop hitam kat bodi magnet coil dan prop merah tacapkan pada speed no 1,perhatikan jarum bergerak atau tak,tacap pula prop merah ke speed no 2,perhatikan jarum bergerak atau tak,tacapkan pula prop merah pada speed no 3,pehatikan jarum bergerak atau tak..Jika salah satu jarum bergeraka naik ke angka O..Maka motor korang shote..kena buka semula dan check balik..
JANGAN TAKUT UNTUK MEMILIKI KEMAHIRAN......
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA.....
Selasa, 12 November 2013
Cara menggunakan multimeter analog
Sebelum kita menggunakan multimeter analog untuk mnguji kerosakan komponen2 elektrik,terlebih dahulu kita perlulah satting supaya bacaannya tepat.
Gambar diatas ini menunjukan cara2 bagaimana kita hendak satting meter ini.
1) Laras atau pusingkan tombol supaya ia berada di kedudukan bacaan x1 ohm.
2) Cantumkan sekali prop merah dan hitam.
3) Laraskan tombol ini supaya jarum meter bacaan berada di kedudukan angka o.
4) Jarum berada tepat pada angka o.
5) Angka o.
Ingattt,meter ini perlu di satting tiap2 kali kita ingin membuat sesuatu pengujian keatas komponen elektrik.
Isnin, 11 November 2013
Cara baiki kipas meja,kerosakannya berat bila nak berpusing.
Pusing pemegang bilah kipas mengikut arah jam.
Seterusnya tariklah keluar bilah kipas ini.
Pusingkan pemegang bingkai mengikut lawan jam.
Seterusnya tarik keluar bingkai penutup bilah daun ini,
Untuk menanggalkan punat,korang kena tarik sekuat2nya keatas mengikut arah anak panah warna hitam.
Cabut ke empat2 buji skru supaya senang buat kerja.
Cabut pula skru di belakang ini.
Seterusnya korang ketuk perlahan2 ke bawah clips shaft,jangan kuat sgt ketuk tu..kan bengkok plak shaft tu.
Juluk clips kebawah menggunakan besi kecil.
Tanggalkan ke empat2 biji skru yang berada di sekeliling bingkai.
Tanggalkan pula skru leher pemegang motor kipas.
Seterusnya korang tanggalkan pula skru pemegang pusingan motor.
Cabut atau tarik keatas motor kipas mengikut arah anak panah warna hitam.
Ketuk perlahan2 di sekeliling bingkai motor dan cungkilkan perlahan2,jangan bagi kena coil pulak masa korang cungkil tu.
Seterusnya tarik keluar bingkai..
Gambar di atas ini adalah shaft serta bahagian2nya,korang letak lah griss kat batang shaft depan belakang semasa nak pasang balik.
Kalau korang tak nak tukar bearing,korang letak lah griss kat bearing tu sikit supaya motor tak barat nak berpusing.Tapi kalau korang nak tukar,terlebih dahulu kena la ketuk lengkuk pemegang bearing..ketuk perlahan2.Masa nak pasang bearing baru pun korang kena ketuk balik lengkuk tu supaya bearing tak jatuh bila motor berpusing.
Cungkil bingkai pemegang bearing menggunakan skru driver mata leper.
Cungkilkan pula vaser atau pelapit pemegang bearing.
Nahhh,nampak tak bearing tu..korang tarik keluar la bearing tu.
Inilah rupa bentuk bearing kipas.
Untuk menguji bacaan power kapasitor,kita perlulah buka dahulu skru tapaknya.
Seterusnya potong kedua2 wayar kapasitor untuk mengeluarkannya..Lihat pada episod yang lepas cara2 menggunakan multimeter serta cara menguji alat2 dan komponen elektrik.
Langgan:
Catatan (Atom)






























































